KEKELIRUAN EJAAN
Berikut
disenaraikan beberapa keliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pelajar.
| 
   
BIL 
 | 
  
   
KEKELIRUAN EJAAN 
 | 
  
   
PEJELASAN 
 | 
 
| 
   
1 
 | 
  
   
Agung
  dan agong 
 | 
  
   
Dalam Bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vocal ‘a’ akan berpasangan dengan vocal ‘u’ (a-u). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja ‘agung’, contohnya mesyuarat
  agung, seniman agung, tetapi ada kekecualian hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang
  menggunakan vocal ‘o’ untuk kata agong 
 | 
 
| 
   
2 
 | 
  
   
Bandarraya
  atau Bandar raya 
 | 
  
   
Dalam
  bahasa Melayu, kata Bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan
  masing-masing mempunyai makna. Jadi, ejaan yang tepat ialah Bandar raya. 
Bandar raya ialah
  sebuah Bandar yang besar lagi penting yang biasanya mempunyai penduduk
  seramai sejuta orang atau lebih. 
Kata nama
  Dewan
  Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah
  tetapi telah berdaftar secara sah. 
 | 
 
| 
   
3 
 | 
  
   
Bumiputera
  atau bumiputra 
 | 
  
   
Kata
  yang tepat untuk makna peribumi
  atau anak negeri ialah bumiputera.  Kata bumiputra
  pada kata nama Bank Bumiputra Commerce
  ialah contoh penggunaan ejaan yang salah. Walau bagaimanapun ejaan nama bank
  tersebut tidak boleh diubah kerana telah 
Berdaftar
  secara sah. 
 | 
 
| 
   
4 
 | 
  
   
Dialog
  atau dialog 
 | 
  
   
Ejaan
  yang tepat ialah dialog iaitu kata
  serapan daripada bahasa Inggeris (dialogue) Cara penyebutannya adalah dengan
  mengikut bunyi huruf bahasa Melayu 
 | 
 
| 
   
5 
 | 
  
   
Diari
  dan dairi 
 | 
  
   
Kata
  diari ialah serapan daripada bahasa Inggeris (diary). Apabila diserap ke dalam bahasa Melayu, hurup akhir ‘y’ ditukar menjadi ‘i’. Bunyi sebutan perkataan tersebut
  juga mengikut bunyi huruf bahasa Melayu 
 | 
 
| 
   
6 
 | 
  
   
Istirehat
  atau istirahat 
 | 
  
   
Ejaan
  yang tepat ialah istirahat. Kata
  tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Istirahat bermaksud rehat. 
 | 
 
| 
   
7 
 | 
  
   
Juruukur
  atau juru ukur 
 | 
  
   
Kata
  juru bermakna orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara atau ahli.
  Oleh sebab kata juru tidak boleh berdiri dengan sendiri , kata tersebut dieja
  bercantum dengan kata yang mengikutinya. Jadi ejaan yang tepat ialah juruukur. Contoh-contoh lain, jurumasak,
  jurusolek, juruaudit dan juruelektrik. 
 | 
 
| 
   
8 
 | 
  
   
Mengkagumkan
  atau mengagumkan 
 | 
  
   
Kata
  tersebut berasal daripada kata dasar kagum dan menerima apitan meN-….-kan.
  Dalam bahasa Melayu, kata dasar yang diawali dengan huruf ‘k’, akan berubah
  apabila menerima apitan meN-…-kan. 
  Jadi, ejaan yang tepat ialah mengagumkan.
  Contoh-contoh lain, mengayakan,
  mengemaskan dan mengendalikan 
 | 
 
| 
   
9 
 | 
  
   
Memastikan
  atau mempastikan 
 | 
  
   
Dalam
  bahasa Melayu kata dasar tertentu yang diawali dengan huruf k,
  p, t, dan s, akan berubah apabila mendapat apitan meN-…kan kecuali untuk
  kata pinjaman. Jadi, kata dasar pasti, akan menerbitkan kata mengurniakan, memeningkan, menunjukkan dan
  menyembunyikan 
 | 
 
| 
   
10 
 | 
  
   
Perabot
  dan laporan 
Atau 
Perabut
  dan lapuran 
 | 
  
   
Ejaan
  yang tepat ialah perabot dan laporan kerana kata tersebut ialah
  kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya tidak
  mengikut keselarasan vokal bahasa Melayu, iaitu ‘a-u’. 
 | 
 
| 
   
11 
 | 
  
   
Ramadhan
  atau Ramadan 
 | 
  
   
Ejaan
  yang tepat ialah Ramadan, iaitu
  kata yang berasal daripada bahasa Arab. 
Ramadan – Bulan kesembilan dalam tahun Hijrah 
 | 
 
| 
   
12 
 | 
  
   
Sesi
  atau Sessi dan  
Misi
  atau missi 
 | 
  
   
Sesi dan misi ialah ejaan
  yang tepat dalam bahasa melayu kerana tergolong dalam kata serapan daripada
  bahasa Inggeris, iaitu session dan mission. Apabila
  diserap ke dalam bahasa Melayu, satu ‘s’
  digugurkan dan suku kata akhir ‘sion’
  diubah menjadi ‘si’ bagi kedua-dua
  kata tersebut. 
 | 
 
| 
   
13 
 | 
  
   
Tengahhari
  atau tengah hari 
 | 
  
   
Kata
  tersebut berasal daripada dua kata iaitu tengah
  dan hari. Jadi, ejaan yang tepat
  ialah tengah hari kerana kedua-dua kata tersebut boleh berdiri sendiri.
  Contoh-contoh lain , tengah malam,
  tengah hujan dan tengah padang. 
 | 
 
Assalamualaikum wbt. Berikut disenaraikan beberapa keliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pelajar. Saya rasa 'di kalangan' dalam ayat di atas lebih tepat menggunakan 'dalam kalangan'.
ReplyDeleteKekeliruan penggunaan kata memang menjadi masalah kepada murid ataupun guru. Contohnya "di kalangan" atau "dalam kalangan" Banyak buku-buku rujukan yang sering melakukan kesalahan tersebut. Jadi, kita sebagai guru perlu membetulkannya.
ReplyDeleteMantap
Deletetahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang cantik dan berinformasi
ReplyDeletesangat menarik..
ReplyDeletefaham
ReplyDelete