Translate

Friday 14 December 2012




Susah ke belajar bahasa Melayu?

                                 

Tuesday 11 December 2012

KESILAPAN BAHASA


KESILAPAN BAHASA

Perkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa, sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-masing, setiap, setengah-setengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan.

Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya. Ini tidak perlu sama sekali!

Cuba perhatikan kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan, seperti contoh yang berikut:

SALAH
BETUL
Penekanan kaedah ini adalah kepada empat unsur-unsur yang berikut:…

banyak organisasi-organisasi…

banyak langkah-langkah …

semua ilmu-ilmu dan panduan-panduan …

… penggabungan kesemua unsur-unsur tersebut

semua tugas-tugas …

Penambahan jumlah anak-anak yang cerdik …



Penekanan kaedah ini adalah kepada empat unsur yang berikut:…

banyak organisasi …

banyak langkah …

semua ilmu dan panduan …

… penggabungan kesemua unsur tersebut …

semua tugas …

Penambahan jumlah anak yang cerdik …



Perkataan-perkataan yang berikut juga tergolong dalam kata bilangan. Oleh itu, perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah:
berbagai-bagai/pelbagai
para
sebahagian
segenap
keseluruhan
kedua-dua
beribu-ribu
berguni-guni
tiap-tiap
masing-masing

Catatan : Bagi perkataan `masing-masing’, perkataan yang mendahuluinya tidak perlu digandakan. Contohnya:
Peserta pertandingan diminta mengambil tempat masing-masing.

Dalam kumpulan kata bilangan yang tersenarai di atas, kesilapan selalu berlaku pada penggunaan perkataan yang berikut:

SALAH
BETUL
… dalam berbagai bidang …

… merangkumi berbagai kegiatan …

… di kedua buah negara …

… antara kedua tugas inilah …

para-para petugas …

Tiap usaha …

… dalam berbagai-bagai bidang …

… merangkumi berbagai-bagai kegiatan …

… di kedua-dua buah negara …

… antara kedua-dua tugas inilah …

para petugas …

Setiap/Tiap-tiap usaha …


Dalam penggunaan perkataan ini, kita selalu tersilap kerana menggandakan perkataan-perkataan yang mengikutnya. Contohnya:

SALAH
BETUL
sekawan burung-burung …

sebaris rumah-rumah …

… sekumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah …

… sekandang lembu-lembu …

… serangkai manik-manik …

… setimbun buku-buku cerita …

kalangan tokoh-tokoh profesional …

Barisan pemain-pemain Malaysia

Deretan rumah-rumah kedai ...

Gerombolan pengganas-pengganas ...

Rangkaian lagu-lagu Melayu asli ...

Persatuan Bank-Bank Malaysia ...

Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung

Senarai nama-nama peserta ...


… sekawan burung …

… sebaris rumah

… sekumpulan pelajar sekolah menengah …


… sekandang lembu

… serangkai manik

… setimbun buku cerita …

kalangan tokoh profesional …

Barisan pemain Malaysia ...

Deretan rumah kedai ...

Gerombolan pengganas ...

Rangkaian lagu Melayu asli

Persatuan Bank Malaysia ...

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ...

Senarai nama peserta ...



Perkataan seperti kalangan, kumpulan, rombongan, gerombolan, barisan, deretan, banjaran, jemaah, sekawan, rentetan, rangkaian, gugusan, mesyuarat, pertemuan, persatuan, persekutuan, perhimpunan, gabungan, senarai, daftar, dan banyak lagi perkataan seperti ini merupakan perkataan yang sudah terkandung makna `banyak’, yakni melibatkan lebih daripada satu orang, benda, perkara dan sebagainya.

Kata juga sering melakukan kesalahan bahasa dengan mengulang semula kata yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih perkataan, seperti yang dapat kita sama-sama amati dalam contoh yang berikut :

SALAH
BETUL
kertas kerja-kerja kerja

pihak berkuasa-pihak berkuasa berkuasa tempatan.

Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha.

Ketua Menteri-Ketua Menteri

kertas-kertas kerja

pihak-pihak berkuasa tempatan.


Ketua-Ketua Setiausaha.

Ketua-Ketua Menteri



Bagi gabungan perkataan yang menerangkan nama benda, perkara, jawatan dan sebagainya, hanya perkataan pertama sahaja yang digandakan.

MASALAH TATABAHASA


MASALAH TATABAHASA

1.    Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar?

                  Contohnya:

Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar,
      guru- guru dan rakan-rakan sekalian

Jawapan

Menurut peraturannya, kata nama am tidak dieja dengan huruf besar (huruf pertamanya). Jadi, “Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan” sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru besar boleh ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja) kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. Maka, huruf besar boleh digunakan seperti dalam nama khas untuk kata Tuan Pengerusi Majlis dan Yang Berusaha Guru Besar, kecuali untuk kata guru-guru dan rakan-rakan kerana kata tersebut ditujukan secara umum kepada yang hadir dalam majlis tersebut.


2.    Adakah tanda koma perlu wujud di hadapan perkataan dan bagi menjelaskan perkara yang lebih daripada dua?
Contohnya:

Durrah telah membeli sebuah buku cerita, sebatang pensel, dan segulung kad manila.

Jawapan
Untuk ayat di atas, tanda koma tidak diperlukan sebelum kata
dan kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi maknanya dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan. 

Sekiranya ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat inti setara, tanda koma sebelum dan tidak diperlukan sama sekali. Contohnya:

(a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar.
(b) Dia suka makan buah rambutan dan langsat.

Walau bagaimanapun, tanda koma boleh diletakkan sebelum dan jika pemisah bahagian ayat itu perlu dibuat untuk mengelakkan kekeliruan makna. Contohnya:

(c) Setakat ini, kita sudah membina beberapa prosedur dan
tatacara untuk melaksanakan projek tersebut, dan prosedur yang kita gunakan ini sudah diterima pakai oleh beberapa buah institusi negara ini.

(d) Antara buku yang laris jualannya termasuklah Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Pedoman Ejaan dan Sebutan Baku, dan Tatabahasa Dewan.


3.    Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah.

Mengapakah ayat tersebut salah? Apakah penjelasannya?

Jawapan

Kesalahan ayat tersebut adalah pada kata dijatuhkan. Ayat tersebut sekiranya diaktifkan akan menjadi:

Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung sampai mati
kerana mengedar dadah.

Ayat ini bermakna bahawa yang jatuh ialah pesalah bukannya
hukuman gantung sampai mati. Sepatutnya, yang jatuh
ialah hukuman dan pesalah yang menerimanya. Ayat tersebut sepatutnya:

(a) Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. 

(b) Hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh hakim kepada pesalah itu kerana mengedar dadah.



4.       (a) Cikgu Marhani mengajarkan Sejarah di Sekolah Menengah Tunku Abdul               Rahman.


          (b) Cikgu Marhani mengajar Sejarah di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman.

Antara ayat (a) dengan ayat (b), yang manakah yang betul? Sila berikan penjelasan:

Jawapan
Menurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2002:7), kata mengajarkan bermakna memberikan sesuatu sebagai pelajaran kepada seseorang.

Kata mengajar pula (Kamus Dewan, 1994 : 16) bermakna
1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb.) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada;

2. membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dsb., mendidik;

3. membuat seseorang melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb. yang telah diperolehnya;
  
               4.  memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan sesuatu).

Jadi, jika dilihat pada makna, ayat (a) adalah paling tepat kerana kata mengajar seharusnya diikuti objek hidup (manusia). Jadi, ayat (b) mengikut makna 1. dan 2. akan memberikan makna Cikgu Marhani mendidik atau melatih Sejarah, sedangkan Sejarah bukannya manusia (yang boleh dididik).


 5. (a) Kakak menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan
     yang lazat.

     (b) Kakak menghidangi rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat.

          Antara ayat (a) dan (b), ayat manakah yang betul?

Jawapan

Kata menghidangkan menurut Kamus Dewan (1994:453) bermakna menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll.). Hal ini bermakna yang dihidangkan ialah makanan.

Jadi, ayat “Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat.” Adalah salah dari segi maknanya kerana yang dihidangkan ialah pelbagai masakan bukannya rakan-rakan (rakan-rakan menerima hidangan bukannya sebagai hidangan).

Ayat yang tepat ialah “Ibu menghidangi rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat.”


6. Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat.

Bolehkah dijelaskan apakah kesalahan ayat ini?

Jawapan
Kesalahan ayat di atas terletak pada kata berpindah-randah kerana kata berpindah-randah sudah pun mengandungi makna dari suatu tempat ke suatu tempat (berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat).

Jadi, ayat di atas sepatutnya:
Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.

atau,
Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah-randah.


7. Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal.

Adakah betul jika ayat di atas ditulis “Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan  
mahal”?

Jika salah, apakah alasannya?

Jawapan
Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi maknanya berbeza.

“Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal” bermakna:
(a) Rumah di lereng bukit itu amat cantik.
(b) Rumah di lereng bukit itu amat mahal.

Sedangkan ayat “Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan mahal” bermakna:
(c) Rumah di lereng bukit itu amat cantik.
(d) Rumah di lereng bukit itu mahal.

Hal ini bermakna rumah tersebut hanya mahal, tidak amat mahal.

Rujukan : Pusat rujukan persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka