Translate

Sunday 9 December 2012

PERUMPAMAAN



PERUMPAMAAN
Perumpamaan ialah peribahasa berbentuk perbandingan. Biasanya mempunyai maksud yang berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya.

Perumpamaan
(bagai/ seperti/ ibarat/ bak/macam/laksana/umpama)

Air basuh tangan
            barang yang mudah diperolehi kerana murah atau kerana sudah biasa

Air di dalam talam
            negeri yang aman sentosa

Air di dalam kolam
            orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.

Anai-anai makan kayu
            mengerjakan sesuatu dengan tekun dan rajin

Aur atas bukit
            menyerah diri kepada nasib

Ayam dibawa ke kepuk
            mendapat rezeki

Batik lasam
            sesuatu yang semakin lama dipakai, semakin baik

Beliung dengan asahan
            tidak pernah berpisah

Berumah di tepi tebing
            selalu dalam kekhuatiran

Buntal kembong
            bodoh dan sombong

Bunyi gong pecah
            suara yang tidak sedap didengar

Denai gajah lalu
            pekerjaan atau kejadian yang sukar disembunyikan

Gajah masuk kampong
            orang yang berkuasa yang dapat berbuat sesuka hati terhadap orang yang lemah.

Gunting, makan dihujung
            membuat sesuatu secara diam-diam dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

Harimau beranak muda
            perempuan yang terlalu bengis

Ikan di dalam belat
            berasak-asak

Jari di tangan ada bercincin
            hukuman yang kurang adil

Kain tiga hasta
            tidak cukup

Kambing dihalau ke air
            enggan melakukan sesuatu pekerjaan

Kiambang di air, akar tidak menjejak bumi
            tidak tetap pada sesuatu tempat

Langau diekor gajah
            selalu mengikut atau menuruti orang yang berkuasa

Melukut di tepi gantang
            tidak berharga dalam masyarakat; kehadiran tidak membawa apa-apa makna.

Menghitung bulu kambing
            membuat kerja yang sia-sia

Minyak setitik , di lautsekalipun  timbul juga
            orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

Orang mabuk gadung
            keadaan yang pucat lesi

Pohon kayu yan tidak berbuah
            ilmu yang tidak diamalkan

Sampah hanyut
            orang yang miskin yang hidup melarat

Tikus jatuh ke beras
            suka dan senang sekali

Umang-umang, di mana sarang udang di situ tempat menumpang
            orang yang hicupnya bergantung pada orang lain

4 comments: