Translate

Saturday 6 October 2012

kekeliruan kata dan makna


kekeliruan kata
dan makna
Dalam bahasa Melayu, setiap kata ada maknanya yang tersendiri. Pemahaman makna untuk setiap kata sangat penting supaya ayat-ayat yang dibentuk dapat difahami oleh pembaca dan pembaca dapat menerima sepenuhnya maklumat yang disampaikan. Berikut disenaraikan perkataan yang sering menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa Melayu: PENJELASAN MAKNA
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan






hemat dan hemah










wacana dan wahana





















ramai dan banyak











rasmi dan resmi










Sahsiah




Jati diri






Memantau





anjakan paradigma

Bahasa rasmi – Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara.
Bahasa kebangsaan – Bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.
• Bagi negara Malaysia, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (bahasa Melayu baku).

Hemat –1. Cermat 2. Tidak boros 3. Pemerhatian atau pengamatan.
1. Orang yang hemat, tidak akan mudah terpengaruh dengan kempen jualan murah.
2. Menurut hemat saya, tahun ini kita akan mendapat bonus.
Hemah – Budi pekerti
1. Setiap pekerja seharusnya menjaga hemah   diri masing-masing

Wacana – 1. Keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan pertuturan atau percakapan. 2. Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.
• Hari ini, kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana ilmu.
• Kita merindui dunia kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam, dan pembacaan karya sastera yang banyak.

Wahana – Saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan oleh dicapai.
 Media massa menjadi wahana penting dalam menyampaikan maklumat dan berita penting.
*  Lukisan kartun sering digunakan orang sebagai wahana propaganda.

Ramai - Menunjukkan bilangan (banyak) yang khusus untuk manusia.
Banyak – Boleh digunakan untuk menyatakan bilangan untuk manusia atau bukan manusia (binatang, tumbuh-tumbuhan dll.)
Banyak orang yang masih tidak tahu menggunakan perkhidmatan itu.
• Masih banyak soalan yang belum dijawab oleh Ali

Rasmi – Membawa maksud disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, yang diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll.), formal.
• Pakaian rasmi untuk ke pejabat bagi wanita ialah baju kurung atau kebaya.

Resmi – Bermakna sifat semula jadi atau sifat khas (benda, perangai, atau tabiat), dan disebut juga sebagai resam.
• Kita seharusnya mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk

Kata sahsiah ialah serapan daripada bahasa Arab yang bermakna keperibadian atau peribadi.
• Kita hendaklah memiliki sahsiah diri yang terpuji

Jati (sejati) - Bermakna asli, tulen, yang sebenarnya, tidak bercampur; identiti.
Jati diri – Identiti diri atau keperibadian diri yang sebenarnya atau asli.
• Kita seharusnya menapis kemasukan budaya asing untuk memelihara jati diri bangsa Malaysia

Kata memantau diterbitkan daripada kata dasar pantau yang bermakna menengok, melihat, menjenguk. Kata tersebut merupakan padanan daripada bahasa Inggeris, monitoring.
• Pihak polis sedang memantau kegiatan penjual mercun dari semasa ke semasa.

Anjakan – Hasil menganjak, peralihan.
Paradigma – Merujuk kepada makna lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.
Anjakan Paradigma – Peralihan paradigma (pemikiran/pengetahuan/kemahiran) daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).
• Setiap orang seharusnya melakukan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti diri