Translate

Thursday 16 January 2014



TUGASAN 2

           Bincangkan tentang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia, Huraian anda hendaklah dikaitkan dengan matlamat Pendidikan Kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986).

PENDAHULUAN
Kajian menunjukkan bahawa kadar obesiti di Malaysia kini berada dalam tahap yang membimbangkan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufaat Tumin, berkata Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6 peratus kepada 13.6 peratus. Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah kegemukan pada 2020.
Seramai 16.8 juta atau 60% daripada 28 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan ( KOSMO ,Selasa 16 November 2010) termasuklah golongan kanak-kanak. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 %  mengalami masalah obesiti  manakala 50% lagi melebihi berat badan ideal. Perkara ini telah didedahkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan beliau turut melahirkan kebimbangan kerana ia melibatkan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Mengikut data rasmi kesihatan, kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak  mencecah sebanyak 15 % dan kadar peratusannya semakin tinggi di Pantai Barat iaitu mencecah kira-kira 30% - 40% terutama di Lembah Klang dan juga Selangor.(Bertia Harian , Khamis -14 Jun 2007).
Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index-BMI) yang tinggi. di Malaysia, kajian Morbiditi dan
Kesihatan Kebangsaan 2006 menunjukkan bahawa dua daripada setiap lima orang dewasa
mengalami kegemukan. Jumlah obes bertambah lebih tiga kali ganda bagi tempoh 1996 hingga
2006 menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang gemuk adalah sebanyak 70 %. Selain itu,
kira-kira 38 % daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan
sebagai terlebih berat badan (Utusan Malaysia online 5/5/2010). Pengambilan makanan yang berkualiti dan teratur adalah penting untuk membekalkan tubuh manusia dengan zat dan tenaga serta mengekalkan kesihatan badan. Bagi seseorang pelajar, kesedaran tentang kualiti makanan dan pola pengambilan makanan amat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan atau tindakbalas fizikal dan mental seseorang pelajar yang merupakan tunjang modal insan bagi negara pada masa akan datang. dalam hal ini, makalah ini bertujuan meninjau amalan pemakanan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia serta implikasinya
terhadap pembelajaran.
Obesiti berlaku akibat daripada pengumpulan lemak secara  berlebihan dalam badan seseorang. Obesiti boleh dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, memberi kesan kepada jangka hayat penghidapnya . Sejak akhir-akhir ini, obesiti menjadi maslah utama dalam kalangan kanak-kanak. Menurut laporan National Center for Health Statistic pada 2002, didapati kira-kira 15 peratus kanak-kanak dan golongan remaja di dunia mengalami obesiti.
           Menurut Pertubahan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin serius dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Masalah obesiti merupakan  faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolic yang banyak dihidapi oleh penduduk di Asia.
           WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan dan 20 daripadanya adalah kanak-kanak, di mana kira-kira 700 juta orang akan mengalami obesiti.

DEFINISI OBESITI
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat obisiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2).


                                     berat (kg)
BMI=               _______________________
                                    [tinggi  (m)]2

 
 



Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :

1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
Faktor-faktor yang menyebabkan obesiti
Obesiti di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah keturunan atau struktur genetik. Dr. Taminuau menyatakan, hampir 35 peratus kes obesiti dikesan di kalangan kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka mempunyai berat badan normal. Namun begitu, secara amnya, kanak-kanak mempunyai risiko menjadi obes yang lebih tinggi jika ibu bapa mereka juga obes.
Obesiti terjadi apabila terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku pengambilan makanan lebih dari apa yang diperlukan. Situasi begini wujud apabila kita makan dengan berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal.
Jisim lemak badan dinilai dari antropometri dengan ukuran ketebalan lipatan kulit (contohnya pada tricipital), ukuran lilitan (lengan atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. Kebelakangan ini, 'body mass index' (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan jantina.

BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)



Secara ringkasnya faktor- faktor yang menyebabkan obesiti ialah;
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus

PUNCA OBESITI
1. Pemakanan Yang Tidak Sihat
Obesiti di Malaysia semestinya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti roti canai,teh tarik dan nasi lemak. Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita. Memakan makanan seimbang tidak diambil berat.

2. Cara Hidup Yang Tidak Cergas
Rata-rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking, walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbanding keluar. Oleh itu wujudlah masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam negara ini. Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu dengan bermain gajet, melayari internet.

3. Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu
Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyebabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih, dan lebih bertenaga. Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam. Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.

4.  Persekitaran Tidak Sihat
Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orang tempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan. Implikasi daripada fenomena ini terdapat pelbagai restoren di sekitar ibu kota dan makanan yang dijual terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat. Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat memakan makanan berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ada segelintir warga kota yang menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi,

5.  Kurang bersukan
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor iaitu tingkat aktiviti dan sukan secara umum serta yang keduanya           angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan minimum tubuh.
            Antara kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga individu yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga daripada pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti ini bertukar menjadi peranan yang sangat penting. Pada saat bersukan kalori terbakar, semakin banyak bersukan semakin banyak kalori yang hilang.
Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti bergerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat. Obesiti membuatkan aktiviti sukan  bagi seseorang individu sangat sukar dan kurang menikmati keseronokan bersukan. Impak daripada kurangnya bersukan secara tidak langsung akan mempengaruhi kadar turunnya metabolisme tubuh individu terbabit. Oleh itu, konklusifnya, aktiviti sukan sangat penting dalam membantu penurunan berat badan kerana ia bukan sahaja membakar kalori malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.

TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATAN EWLESS & SIMNETT

            Masalah obesiti ini dapat diatasi sekiranya individu terbabit berazam untuk mengatasi masalah mereka. Selain daripada itu, kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang pemakanan serta kesihatan adalah antara faktor penting yang boleh mengawal obesiti berlaku dalam kalangan pelajar. Atas dasar inilah mata pelajaran Pendidikan Kesihatan diajar di sekolah. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. 

            Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam laporan teknikal pada tahun 1954 tujuan sesuatu Pendidikan Kesihatan itu mestilah diarahkan kepada usaha-usaha berikut:-
·         Menyediakan individu atau masyarakat bahawa kesihatan adalah harta yang tidak ternilai harganya.
·         Menggalakkan individu atau masyarakay untuk mempertahankan amalan – amalan yang akan menjamin keselesaan dalam kehidupan seharian.
·         Menggalakkan individu dan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada dengan betul , selamat dan sebaik mungkin.
·         Memberi dorongan individu atau masyarakat untuk berdikari dan sentiasa berusaha dalam mempertingkatkan status kesihatan dalam lingkungan persekitaran mereka.

Menurut Ewles & Simnett (1986) pula, mengemukakan tujuan yang lebih spsifekasi berkaitan Pendidikan  Kesihatan . Menurut beliau, dalam melaksanakan tugasan Pendidikan Kesihatan, seorang pendidik mestilah berusaha mencapai tujuan-tujuan berikut:-

·         Meningkatkan pengetahuan kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapi.
·         Memberikan penerangan dan juga pengetahuan tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi oleh invdividu atau mayarakat.
·         Menimbulkan kesedaran diri setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang telah diberikan.
·         Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.













Flowchart: Alternate Process: Meningkatkan Pengetahuan
Rounded Rectangle: Memberi Penerangan



TUGASAN PENDIDIKAN KESIHATAN





Flowchart: Alternate Process: Kesedaran Diri
Rounded Rectangle: Mengubah sikap
 









MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN

Menurut Ewles & Simnett (1986), Pendidikan Kesihatan yang dusahakan seringkali  bertujuan untuk mencapai satu atau pun lebih matlamat kesihatan. Matlamat yang dimaksudkan adalah berbeza daripada seorang individu kepada individu yang lain mahu pun daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain.

Antara matlamat Pendidikan Kesihatan adalah seperti berikut iaitu peka atau sedar terhadap keishatan, menyampaikan ilmu pengetahuan, menimbulkan kesedaran diri, mengubha sikap, membuat keputusan, mengubah tingkah laku dan mengubah status sosial.

·         Peka atau sedar terhadap kesihatan.
Adalah menjadi suatu harapan melalui Pendidikan Kesihatan, orang yang dididik mampu untuk menimbulkan atau memikirkan isu-isu  berkaitan dengan kesihatan semasa yang dianggap penting untuk dirinya mahupun masyarakat sekelilingnya setelah didedahkan dengan pengetahuan isu tersebut.
            Contohnya adalah seperti kempen tentang kesedaran AIDS, H1N1, merokok dan mengambil minuman keras. Kempen AIDS yang telah dan sedang dijalankan di Malaysia mahupun di negara luar yang lain di dunia telah membelanjakan jutaan ringgit ke arah usaha pendidikan terhadap isu tersebut. Ia bertujuan semata-mata untuk memberikan pengetahuan dan panduan kepada individu dan masyarakat tentang bahaya penyakit AIDS. Dengan ilmu yang diberikan ini, telah menjadi satu harapan kepada masyarakat agar menjadi lebih peka dan bertindak rasional bagi mengatasi isu-isu yang diberikan.



·         Menyampaikan ilmu pengetahuan
Ada saat dan ketikanya, masalah kesihatan itu wujud dalam masyarakat mahupun individu terbabit. Mereka mengetahui masalah yang wujud, namun mereka tidak memahami akan bahayanya. Lantaran tidak memahami maka mereka membiarkan sahaja masalah tersebut berlarutan sehinggalah kepada peringkat yang tidak diingini.
            Contohnya, isu berkaitan dengan kes nyamuk aedes. Majoriti masyarakat mengetahui akan bahaya dan kesannya terhadap kesihatan diri, namun mereka tidak memahami sebab ia berbahaya dan juga cara mengatasinya. Mereka akan cuba untuk mengetahuinya apabila salah seorang daripada anggota keluarga mereka mengidap penyakit bawaan nyamuk tersebut. Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita cegah. Di sinilah peranan Pendidikan Kesihatan dan satu kaedah yang berkesan perlu digunakan dan diselaraskan dengan matlamat untuk memberikan tunjuk ajar dan fahaman yang jelas kepada masyarakat dan juga individu.

·         Menimbulkan kesedaran diri
Matlamat yang hendak dicapai adalah lebih terarah kepada individu itu
sendiri. Sebagai seorang pendidik ilmu Pendidikan Jasmani, maka segala ilmu yang hendak disampaikan haruslah berkesan, menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya ia menimbulkan sensitiviti  dan seterusnya menimbulkan kesedaran yang tinggi dalam diri individu. Tindakan positif yang bakal diambil diharap dapat meningkatkan tahap kesihatan individu itu sendiri.

·         Mengubah sikap
Adalah menjadi suatu harapan, apabila ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan telah diberikan, maka tahap sensitiviti terhadap kesihatan juga dapat ditingkatkan. Dalam usaha ini, para pendidik Pendidikan Kesihatan memainkan peranan yang sebaik mungkin dalam memberikan tunjuk ajar kepada pelajar agar dapat menguatkan lagi semangat pelajar untuk mengubah sikap demi mencapai matlamat kesihatan yang optimum.

·         Membuat keputusan
Para pendidik Pendidikan Kesihatan seharusnya memainkan peranan dalam memberikan dorongan dan galakan kepada pelajar yang terlibat agar dapat membuat satu keputusan yang positif demi mencapai taraf kesihatan yang paling baik.
Contohnya, pelajar A mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan tekanan darah. Dia perlu mengawal tekanan darah dengan mengurangkan jumlah garam dalam makanan dan juga makanan berlemak yang lain. Di samping itu, dia juga perlu bersenam. Namun demikian, pelajar ini enggan melakukan perkara yang sepatutnya. Keadaan sebegini tidak mungkin terjadi seandainya, pelajar berkenaan mempunyai ilmu pengetahuan tentang kesihatan.Kesedaran diri pasti akan timbul dengan sendirinya, sehingga akan berlaku perubahan sikap dan satu keputusan yang tegas diambil oleh pelajar terbabit untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya.

·         Mengubah tingkah laku
Perubahan terhadap tingkah laku baik kepada individu mahupun masyarakat perlu berlaku dengan adanya pengetahuan tentang Pendidikan Kesihatan. Amalan tentang gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan seharian agar kehidupan menjadi lebih berkualiti. Perubahan yang berlaku ini perlulah selaras dengan kehendak budaya, agama dan bangsa serta kemjdahan yang sedia ada.

·         Mengubah status sosial
Dalam usaha untuk mencapai tujuan bagi melahirkan individu dan masyarakat yang sihat, pengorbanan daripada pihak tersebut adalah amat perlu. Faktor ini merupakan satu faktor yang sukar untuk diterima dan dibincangkan. Ini kerana ia berkaitan dengan perubahan sosial dan juga cara hidup kita.
Contoh yang paling jelas ialah kempen anti-merokok. Walaupun kerajaan telah membelanjakan jutaan wang ringgit dalam usaha menyeru individu dan masyarakat agar meninggalkan tabiat ini, namun segalanya masih belum berkesan. Bukan itu sahaja, malah penggubalan akta dan undang-undang juga turut dilaksanakan , malangnya peningkatan golongan perokok baru tetap berlaku saban tahun. Walaupun mereka ini sedar akan bahaya merokok, namun untuk meninggalkan amalan ini amat sukar sekali. Kononnya, demi menjaga status sosial mereka.
Sebagai pendidik Pendidikan Kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu mahu pun masyarakat dalam usaha mencapat matlamat ini. Mereka perlu menggunakan kepakaran mereka dan juga mengatur strategi yang berkesan serta tidak patah semangat dalam usaha bagi mencapai matlamat masyarakat sihat dan makmur. Semua langkah untuk mengatasi obesiti dapat diaksanakan dengan mudah sekiranya tujuan dan matlamat yang diutarakan oleh Ewless & Simnett tercapai.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI

Obesiti dapat diatasi dengan beberapa cara seperti:-

a.      Amalan Pemakanan Seimbang
Para pelajar perlu mengambil makanan seimbang yang dinyatakan mengikut piramid makanan. ini kerana pemakanan seimbang perlu dalam memberikan tubuh badan yang ideal. Berdasarkan inilah, para guru Pendidikan Kesihatan perlu menyebarkan ilmu agar pelajar mengetahui apa itu piramid makanan.Sekiranya tidak berlaku penyebaran ilmu masalah obesiti dalam kalangan pelajar sukar untuk diatasai.

b.      Bersenam
Pelajar perlu diberkan kesedaran dan ilmu (matlamat Ewless & Simnett) tentang pentingnya bersenam. Melalui bersenam kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain.

c.       Amalan gaya hidup yang sihat
Amalan gaya hidup yang sihat akan memberi kesan yang positif dan dapat meningkatkan tahap kualiti kesihatan yang baik serta mengelakkan individu daripada menghidapi penyakit. Di samping itu, sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan doktor bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku ke atas diri kita. Justeru, doktor bolehlah memberi nasihat dan motivasi untuk mengamalkan amalan permakanan yang seimbang terhadap individu tersebut.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masalah obesiti dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya guru Pendidikan Kesihatan berjaya mencapai matlamat yang diutarakan olehEwles & Simnett (1986) ini. Ini adalah kerana matlamat yang perlu dicapai oleh guru Pendidikan Kesihatan amatlah jelas dan mereka perlu melaksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin. Pelajar akan lebih peka kepada kesihatan mereka sekiranya mereka mempunyai ilmu kesihatan yang berkesan. Daripada ilmu yang mereka peroleh, akan timbul kesedaran dalam diri pelajar terbabit untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila  pelajar peka pada tahap kesihatan, maka akan berlaku perubahan tingkah laku. Mereka akan lebih mengutamakan kesihatan dan sanggup mengubah status sosial mereka demi kesihatan sepanjang hayat.

Di sinilah, kita nampak tugas para pendidik Pendidikan Kesihatan amat penting dan mereka perlu berikan ilmu yang berkesan tentang kesihatan. Setelah penyampaian ilmu berlaku dengan berkesan adalah tidak mustahil masalah obesiti dalam kalangan pelajar dapat diatasi. Ini jelas kerana para pelajar akan mengutamakan pemakanan seimbang dan cara hidup yang sihat. Mana mungkin, dengan amalan gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang pelajar akan menghadapi masalah obesiti. Tambahan pula masalah obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing-masing. Gemuk bukan bermakna sihat, malah boleh mengancam nyawa dan kesihatan individu berkenaan.

Pastikan kita mengambil  makanan yang perlu sahaja dengan kuantiti yang sesuai dengan perkembangan kesihatan seseorang. Dalam kajian yang dijalankan bahawa terjadinya pelbagai penyakit adalah disebabkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi toksin yang boleh menyerang tubuh badan manusia secara senyap. Makanan segera merupakan penyumbang utama ke arah  obesiti yang ketara yang melanda negara-negara membangun seperti Malaysia.

Bagi golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah, obesiti sedikit sebanyak menganggu emosi dan sosial mereka. Mereka akan berasa rendah diri dan tidak menjadikan fizikal mereka sebagai halangan untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang. Akibat daripada itu tentunya akan merugikan individu,bahkan prodaktiviti negara juga turut terjejas. Sedangkan golongan inilah yang diharapkan menjadi kesinambungan kepada kepimpinan dan tenaga kerja pada masa yang akan datang.