Translate

Saturday 8 December 2012

PENANDA WACANA

PENANDA WACANA
1.       Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai kata 
2.      Penanda wacana menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan. Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu.
3.      Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancer dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.
4.      Penanda wacana boleh dibahagi kepada beberapa kategori mengikut fungsinya.

a)     Menunjukkan pertentangan maklumat:

Bagaimana
      Adik  menangis teresak-esak. Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dia      dipujuk oleh ibu.

Biarpun demikian
      Rahmah gagal dalam perlumbaan itu, Biarpun demikian, dia tidak berputus asa.

Meskipun
      Rosli tidak berganjak dari situ meskipun telah diarahkan pulang.

Walaupun demikian
      Ahamd kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.

b)     Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau bersamaan.
Lagipun
              Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis   
       barang. Lagipun harganya murah.
Lebih-lebih lagi
              Saya tidak dapat melihat denggan lebih jelas, lebih-lebih lagi pada waktu 
       malam.
Malah
             Hafiz mendapat tawaran belajar di London. Malah perbelanjaannya pun akan
       ditanggung oleh kerajaan negeri.
Tambahan lagi
            Aiman sukan menonton dokumentari, tambahan lagi yang berkaitan denan
       haiwan
c)      Menunjukkan akibat atau kesimpulan:

Akhir kata
      Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir kata, semoga kita dapat bertemu lagi.

Akhirnya
      Pasukan itu tidak bermain bersungguh-sungguh. Akhirnya mereka kalah.

Dengan itu
      Osman kurang aktif dalam kokurikulum. Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai Murid Cemerlang.

Jadi
      Razak tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini.

Justeru
      Peperiksaan kian hampir. Justeru, kita harus rajin belajar.

Lantaran itu
      Badri selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah.

Malangnya
      Kami telah cuba menghubungi ayahnya. Malangnya, tiada jawapan.

Oleh itu
      Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar bermain.

d)     Menunjukkan sesuatu yang berikutnya:

Kemudian
      Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian, masukkan sebiji telur.

Lepas itu
      Kakak mengemas rumah. Lepas itu, dia memasak hidangan tengah hari.

Selanjutnya
      Guru besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan majlis tersebut.

e)     Menunjukkan masa yang sama atau pada masa itu:
f)        
Dalam pada itu
      Mak Mah mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu, dia juga menjual kuih.

Di samping itu
      Subiyanti seorang yang peramah. Di samping itu, dia mudah mesra dan suka bergaul.

Selain itu
      Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu, membaca buku juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Sebelum itu
      Adi akan ke Kuantan sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi dengan baik.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
           
Kemudian                  akhirnya                     Kalau begitu               Jadi
Di samping itu                       Oleh sebab itu                        Sebaliknya                 
Namun begitu                        Walau bagaimanapun                                   lebih-lebih lagi


1.       Taman rekreasi itu sentiasa penuh sesak dengan pengunjungnya.  ……………………….., pada cuti hujung minggu.

2.      Mula-mula, kami menaiki Menara Taming Sari. …………………………….., kami melawat Kota Melaka.

3.      “Malik tidak hadir hari ini. ………………………, kamu sahajalah yang menggantikan tempatnya sebagai pengerusi majlis”,  kata Cikgu Aisyah.

4.      Samad tidak ke sekolah. …………………………….., dia melepak di pusat permaian video.

5.      Adib tekun mengulangkaji pelajaran. ……………………….., dia juga menghadiri kelas tuisyen.

6.      Noni pemalu. …………………………., dia pandai berpidato.

7.      Puan Fazilah menjalani rawatan jantung di hospital swasta. ……………………., kos rawatannya agak tinggi.

8.      Alia demam selsema. ……………………., dia tidak ke sekolah hari ini.

9.      Mariam menjadi juara pertandingan syarahan peringkat sekolah. ……………………., dia tidak terpilih untuk mewakili sekolah pada peringkat daerah dan kebangsaan.

10.   Setelah dipujuk berulang kali, ……………….. Hasmah bersetuju untuk menyertai rombongan ke Pulau Pangkor.

1 comment: