Translate

Tuesday 20 November 2012

KEKELIRUAN EJAAN



KEKELIRUAN EJAAN

Berikut disenaraikan beberapa keliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pelajar.

BIL
KEKELIRUAN EJAAN
PEJELASAN

1

Agung dan agong

Dalam Bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vocal ‘a’ akan berpasangan dengan vocal ‘u’ (a-u). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja ‘agung’, contohnya mesyuarat agung, seniman agung, tetapi ada kekecualian hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vocal ‘o’ untuk kata agong

2

Bandarraya atau Bandar raya
Dalam bahasa Melayu, kata Bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. Jadi, ejaan yang tepat ialah Bandar raya.
Bandar raya ialah sebuah Bandar yang besar lagi penting yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih.
Kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi telah berdaftar secara sah.


3

Bumiputera atau bumiputra

Kata yang tepat untuk makna peribumi atau anak negeri ialah bumiputera.  Kata bumiputra pada kata nama Bank Bumiputra Commerce ialah contoh penggunaan ejaan yang salah. Walau bagaimanapun ejaan nama bank tersebut tidak boleh diubah kerana telah
Berdaftar secara sah.


4

Dialog atau dialog


Ejaan yang tepat ialah dialog iaitu kata serapan daripada bahasa Inggeris (dialogue) Cara penyebutannya adalah dengan mengikut bunyi huruf bahasa Melayu


5

Diari dan dairi

Kata diari ialah serapan daripada bahasa Inggeris (diary). Apabila diserap ke dalam bahasa Melayu, hurup akhir ‘y’ ditukar menjadi ‘i’. Bunyi sebutan perkataan tersebut juga mengikut bunyi huruf bahasa Melayu

6

Istirehat atau istirahat

Ejaan yang tepat ialah istirahat. Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Istirahat bermaksud rehat.


7

Juruukur atau juru ukur

Kata juru bermakna orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara atau ahli. Oleh sebab kata juru tidak boleh berdiri dengan sendiri , kata tersebut dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya. Jadi ejaan yang tepat ialah juruukur. Contoh-contoh lain, jurumasak, jurusolek, juruaudit dan juruelektrik.


8

Mengkagumkan atau mengagumkan

Kata tersebut berasal daripada kata dasar kagum dan menerima apitan meN-….-kan. Dalam bahasa Melayu, kata dasar yang diawali dengan huruf ‘k’, akan berubah apabila menerima apitan meN-…-kan.  Jadi, ejaan yang tepat ialah mengagumkan. Contoh-contoh lain, mengayakan, mengemaskan dan mengendalikan


9

Memastikan atau mempastikan

Dalam bahasa Melayu kata dasar tertentu yang diawali dengan huruf k, p, t, dan s, akan berubah apabila mendapat apitan meN-…kan kecuali untuk kata pinjaman. Jadi, kata dasar pasti, akan menerbitkan kata mengurniakan, memeningkan, menunjukkan dan menyembunyikan


10

Perabot dan laporan
Atau
Perabut dan lapuran



Ejaan yang tepat ialah perabot dan laporan kerana kata tersebut ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya tidak mengikut keselarasan vokal bahasa Melayu, iaitu ‘a-u’.


11

Ramadhan atau Ramadan

Ejaan yang tepat ialah Ramadan, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Arab.
Ramadan – Bulan kesembilan dalam tahun Hijrah

12

Sesi atau Sessi dan
Misi atau missi

Sesi dan misi ialah ejaan yang tepat dalam bahasa melayu kerana tergolong dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris, iaitu session dan mission. Apabila diserap ke dalam bahasa Melayu, satu ‘s’ digugurkan dan suku kata akhir ‘sion’ diubah menjadi ‘si’ bagi kedua-dua kata tersebut.


13

Tengahhari atau tengah hari

Kata tersebut berasal daripada dua kata iaitu tengah dan hari. Jadi, ejaan yang tepat ialah tengah hari kerana kedua-dua kata tersebut boleh berdiri sendiri. Contoh-contoh lain , tengah malam, tengah hujan dan tengah padang.

6 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Berikut disenaraikan beberapa keliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pelajar. Saya rasa 'di kalangan' dalam ayat di atas lebih tepat menggunakan 'dalam kalangan'.

    ReplyDelete
  2. Kekeliruan penggunaan kata memang menjadi masalah kepada murid ataupun guru. Contohnya "di kalangan" atau "dalam kalangan" Banyak buku-buku rujukan yang sering melakukan kesalahan tersebut. Jadi, kita sebagai guru perlu membetulkannya.

    ReplyDelete
  3. tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang cantik dan berinformasi

    ReplyDelete