KESILAPAN BAHASA
Perkataan
seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah,
beberapa, sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad,
berkotak-kotak, masing-masing, setiap, setengah-setengah dan sebagainya
tergolong dalam kata bilangan. 
Dalam
penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan
dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya. Ini tidak perlu sama sekali! 
Cuba perhatikan kesilapan yang sering kita
lakukan dalam penggunaan kata bilangan, seperti contoh yang berikut:
SALAH 
 | 
  
BETUL 
 | 
 
Penekanan
  kaedah ini adalah kepada empat unsur-unsur yang berikut:…  
… banyak
  organisasi-organisasi…  
… banyak
  langkah-langkah …  
… semua
  ilmu-ilmu dan panduan-panduan …  
…
  penggabungan kesemua unsur-unsur tersebut  
… semua
  tugas-tugas …  
Penambahan
  jumlah anak-anak yang cerdik …  
 | 
  
Penekanan
  kaedah ini adalah kepada empat unsur yang berikut:…  
… banyak
  organisasi …  
… banyak
  langkah …  
… semua
  ilmu dan panduan …  
…
  penggabungan kesemua unsur tersebut …  
… semua
  tugas …  
Penambahan
  jumlah anak yang cerdik …  
 | 
 
Perkataan-perkataan
yang berikut juga tergolong dalam kata bilangan. Oleh itu, perkataan yang
mengikutinya tidak perlu digandakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah: 
berbagai-bagai/pelbagai 
para 
sebahagian 
segenap 
keseluruhan 
kedua-dua 
beribu-ribu 
berguni-guni 
tiap-tiap 
masing-masing 
Catatan : Bagi perkataan `masing-masing’,
perkataan yang mendahuluinya tidak perlu digandakan. Contohnya:
Peserta
pertandingan diminta mengambil tempat masing-masing.
Dalam kumpulan kata bilangan yang
tersenarai di atas, kesilapan selalu berlaku pada penggunaan perkataan yang
berikut:
SALAH 
 | 
  
BETUL 
 | 
 
… dalam
  berbagai bidang …  
…
  merangkumi berbagai kegiatan …  
… di kedua
  buah negara …  
…
  antara kedua tugas inilah …  
… para-para
  petugas …  
Tiap usaha …
   
 | 
  
… dalam
  berbagai-bagai bidang … 
…
  merangkumi berbagai-bagai kegiatan …  
… di kedua-dua
  buah negara …  
…
  antara kedua-dua tugas inilah … 
… para
  petugas …  
Setiap/Tiap-tiap
  usaha …  
 | 
 
Dalam penggunaan perkataan ini, kita selalu
tersilap kerana menggandakan perkataan-perkataan yang mengikutnya. Contohnya:
SALAH 
 | 
  
BETUL 
 | 
 
… sekawan
  burung-burung …  
… sebaris
  rumah-rumah …  
… sekumpulan
  pelajar-pelajar sekolah menengah …  
… sekandang
  lembu-lembu …  
… serangkai
  manik-manik …  
… setimbun
  buku-buku cerita …  
… kalangan tokoh-tokoh
  profesional …  
Barisan pemain-pemain
  Malaysia  
Deretan rumah-rumah
  kedai ...  
Gerombolan pengganas-pengganas
  ...  
Rangkaian lagu-lagu
  Melayu asli ...  
Persatuan Bank-Bank
  Malaysia ... 
Gabungan Pelajar-Pelajar
  Melayu Semenanjung  
Senarai nama-nama
  peserta ...  
 | 
  
… sekawan
  burung …  
… sebaris
  rumah …  
… sekumpulan
  pelajar sekolah menengah …  
… sekandang
  lembu …  
… serangkai
  manik …  
… setimbun
  buku cerita …  
… kalangan tokoh profesional
  …  
Barisan pemain Malaysia
  ...  
Deretan rumah kedai
  ...  
Gerombolan pengganas
  ...  
Rangkaian lagu Melayu
  asli  
Persatuan Bank Malaysia
  ...  
Gabungan Pelajar
  Melayu Semenanjung ...  
Senarai nama peserta
  ...  
 | 
 
Perkataan seperti kalangan, kumpulan,
rombongan, gerombolan, barisan, deretan, banjaran, jemaah, sekawan, rentetan,
rangkaian, gugusan, mesyuarat, pertemuan, persatuan, persekutuan, perhimpunan,
gabungan, senarai, daftar, dan banyak lagi perkataan seperti ini merupakan
perkataan yang sudah terkandung makna `banyak’, yakni melibatkan lebih daripada
satu orang, benda, perkara dan sebagainya.
Kata juga sering melakukan kesalahan bahasa
dengan mengulang semula kata yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih
perkataan, seperti yang dapat kita sama-sama amati dalam contoh yang berikut :
SALAH 
 | 
  
BETUL 
 | 
 
kertas kerja-kerja kerja  
pihak berkuasa-pihak berkuasa
  berkuasa tempatan.  
Ketua Setiausaha-Ketua
  Setiausaha.  
Ketua Menteri-Ketua Menteri  
 | 
  
kertas-kertas kerja  
pihak-pihak berkuasa
  tempatan.  
Ketua-Ketua Setiausaha.
   
Ketua-Ketua Menteri
   
 | 
 
Bagi gabungan perkataan yang menerangkan nama
benda, perkara, jawatan dan sebagainya, hanya perkataan pertama sahaja yang
digandakan.
Ya, kesalahan-kesalahan yang telah disenaraikan seperti di atas sering dilakukan termasuk oleh guru Bahasa Melayu sendiri. Info yang sangat berguna...
ReplyDeleteBetul tu...mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu guru bahasa Melayu juga. Terima kasih
ReplyDelete