Translate

Thursday, 6 December 2012

MASALAH UMUM TATABAHASA


MASALAH  UMUN
TATABAHASA
                SALAH
            BETUL
keatas
kedua adiknya
lain-lain arahan
lain-lain bangunan
lain-lain cadangan
lain-lain cara
lain-lain faktor
lain-lain hal
lain-lain kehendak
lain-lain konsep
lain-lain mesyuarat
lain-lain sumber
lain-lain syarat
lain-lain usul
mengikut kepada alamat
oleh kerana
segala aduan-aduan
segala butir-butir
segala syarat-syarat
semua kerja-kerja
semua pelajar-pelajar
semua taman-taman
senarai barang-barang
sepertimana
surat dari pihak berkuasa
terdiri dari 14 orang
terlepas dari tindakan
tertumpu kepada
tiada didiami
walaubagaimanapun
75% dari kadar sebenar
banyak premis-premis
berbanyak terima kasih
bermacam barang
bilangan pekerja-pekerja
dalam kawasan
dari tuan
demi untuk negara
di alaf
di beri
di berikan
di daftarkan
di dalam usaha
di hempap
di jangka (masa)
di kategorikan
di kurniakan
di masa-masa
di masukkan
di pelajari
ke atas
kedua-dua adiknya
arahan-arahan lain
bangunan-bangunan lain
cadangan-cadangan lain
cara-cara lain
faktor-faktor lain
hal-hal lain
kehendak-kehendak lain
konsep-konsep lain
mesyuarat-mesyuarat lain
sumber-sumber lain
syarat-syarat lain
usul-usul lain
mengikut alamat
oleh sebab
segala aduan
segala butir
segala syarat
semua kerja
semua pelajar
semua taman
senarai barang
seperti/yang
surat daripada pihak berkuasa
terdiri daripada 14 orang
terlepas daripada tindakan
tertumpu pada
tidak didiami
walau bagaimanapun
75% daripada kadar sebenar
banyak premis
berbanyak-banyak terima kasih
bermacam-macam barang
bilangan pekerja
di dalam kawasan
daripada tuan
demi negara / untuk negara
pada alaf
diberi
diberikan
didaftarkan
dalam usaha
dihempap
dijangka
dikategorikan
dikurniakan
pada masa-masa
dimasukkan
dipelajari

'DI', 'DALAM' DAN 'DI DALAM'


DI’, `DALAM’ DAN `DI DALAM’,
BAGAIMANAKAH CARA
PENGGUNAANNYA YANG BETUL?

Dalam penggunaan bahasa Melayu hari ini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan kata sendi `di’ di tempat `dalam’, dan frasa sendi `di dalam’ di tempat kata sendi `dalam’. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi dan frasa sendi tersebut.

A.      Di bawah ini diperturunkan contoh-contoh kesilapan penggunaan kata sendi `di’ di tempat `dalam’.

SALAH                                                       BETUL
1.
Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang pengurusan perniagaan.
1.
Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan.
2.
Di masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat.
2.
Dalam masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat.
3.
Kanak-kanak bergembira di suasana hari raya yang mulia ini.
3.
Kanak-kanak bergembira dalam suasana hari raya yang mulia ini.

Kata sendi `di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya:
i. Majlis itu diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. Mereka menunggu ketibaan tetamu kehirmat itu di lapangan terbang.
iii. Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan.
iv. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.
v. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pendidikan.
vi. Di Paris, mereka akan mengunjungi pejabat UNESCO.


Kata sendi dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian `lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak’ (seperti perkara, peristiwa hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya). Mari kita amati bersama-sama contoh penggunaan kata sendi `dalam’ dalam ayat-ayat yang berikut:
i. Dalam hal ini, kita semua setuju.
ii. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu;
iii. Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.
iv. Dia tidak terlibat dalam urusan perniagaan bapanya.
v. Hal-hal berhubung dengan kerjasama serantau telah dibincangkan dalam pertemuan antara pemimpin kedua-dua buah negara itu.
vi. Beliau merupakan contoh belia yang aktif dalam pelbagai kegiatan kebajikan.
vii. Persoalan itu bermain-main dengan fikirannya.
viii. Rakyat hidup aman damai dalam negara yang stabil seperti Malaysia.
ix. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan.
x. Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan berbagai-bagai projek pembangunan.
xi. Keperluan jawatan baru telah beberapa kali dikemukakan dalam anggaran belanjawan tahunan.
xii. Beliau diraikan dalam majlis yang serba sederhana.
xiii. Keretanya rosak semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.
xiv. Dalam keheningan malam, dia duduk berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk.


B.    Seperti yang dijelaskan di atas, kata sendi `dalam’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian `tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak’ (seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya). Kesilapan selalu berlaku apabila di tempat yang sepatutnya digunakan kata sendi `dalam’, frasa sendi `di dalam’ (iaitu rangkaian kata sendi ‘di’ dan kata nama arah `dalam’) digunakan. Contohnya :


SALAH                                            BETUL
1.
… terdapat bahagian yang terlibat di dalam penggunaan istilah …
1.
… terdapat bahagian yang terlibat dalam penggunaan istilah …
2.
Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah di dalam beberapa seminar …
2.
Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah dalam beberapa seminar …
3.
… sudah terdidik di dalam bahasa …
3.
… sudah terdidik dalam bahasa Melayu …
4.
… mereka semua terperangkap di dalam kegawatan ekonomi …
4.
… mereka semua terperangkap dalam kegawatan ekonomi, …
5.
… Malaysia tidak mungkin hidup sendirian di dalam situasi ini…
5.
… Malaysia tidak mungkin hidup sendirian dalam situasi ini …
6.
… di dalam pelbagai bidang kehidupan …
6.
… dalam pelbagai bidang kehidupan…

Penggunaan frasa sendi `di dalam’ yang betul adalah seperti ayat-ayat contoh yang berikut :
i. Semua peserta berkumpul di dalam dewan.
ii. Pengembara itu sesat di dalam hutan.
iii. Semua surat dan laporan berhubung dengan perkara itu disimpan di dalam fail khas.
iv. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.
v. Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin kapal terbang.
vi. Sila catatkan nama dan alamat anda di dalam petak kosong yang disediakan.
vii. Tulislah jawapan anda di dalam ruangan yang disediakan.