Isi tempat
kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1
berdasarkan gambar di bawah.
1.
Pak
Mail masih mampu ………………. Pokok getah walaupun usianya sudah lanjut.
A.
memotong C. menarah
B.
menoreh D. mengelar
2.
Abang
………………ikan menggunakan umpan sotong.
A.
menjala C. mengail
B.
menangkap D. memukat
Soalan 3
berdasarkan gambar di bawah
3.
Mak
Timah…………….ikan di halaman untuk dijadikan ikan kering.
A.
memanggang C. menjemur
B.
menyalai D. membakar
4.
Kak
Aisyah …………..lada menggunakan batu giling.
A.
mengisar C. menggiling
B.
menumbuk D. mencanai
5.
Puan
Saadiah…..…barangan tembaga di rumahnya sehingga berkilat.
A.
menggosok C. menggilap
B.
mengelap D. mengesat
Soalan 6
berdasarkan gambar di bawah
6.
Nenek……..ketupat
di dalam periuk yang besar di halaman rumah.
A.
membakar C. merebus
B.
menjerang D. mengukus
7.
Kak
Ros……seluruh lantai rumah dengan air terlebih dahulu sebelum membasuhnya.
A.
mencurah C. menjirus
B.
menyiram D. menuang
8.
Para
tetamu bersilih ganti…….…air mawar kepada kedua-dua pengantin.
A.
merenjiskan C. menyiramkan
B.
menaburkan D. memercikkan
9.
Sophia
sedang……..benang emas pada cadar pengantin itu.
A.
menyulam C. menyirat
B.
menekat D. mengait
10. Hanisah ……..perutnya dengan
menggunakan kain bengkung yang panjang.
A.
membarut C. membebat
B.
membalut D. membungkus
11. Adik ………tangan abang hingga berdarah.
A.
memagut C. menggigit
B.
mencakup D.
menggerit
12. Beberapa helai baju Mustafa
berlubang-lubang kerana ………oleh tikus.
A.
digigit C. diungis
B.
digerit D. dikunyah
Soalan 13
berdasarkan gambar di bawah
13. Sebagai Bilal, Shuhaimi ……..azan di
surau setiap kali tiba waktu sembahyang.
A.
menjeritkan C. melaungkan
B.
memekikkan D. meneriakkan
14. Lebai Seman menegur Mak Uteh yang
sedang…….di sisi mayat anaknya.
A.
menjerit C. memekik
B.
meratap D. melaung
15. Seekor ular tedung…..kaki datuk ketika
dia sedang menorah getah.
A.
Memagut C. mematuk
B.
Membelit D. menggigit
JAWAPAN
1.
B 2. C 3. C 4. B 5. C
6. C 7. C 8. A 9. B 10. A
11. C 12. B 13. C 14. B 15. A
Latihan yang bagus. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
ReplyDeleteTahniah cikgu! Perkongsian ilmu yang bermanfaat. Moga terus maju jaya. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi melawat blog saya. Harap sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan
ReplyDelete