KESALAHAN DARI SEGI PERBENDAHARAN
KATA
Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya
terjadi kerana kesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu,
ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang
berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya
dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.
Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan
Adakah dan Apakah
Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya.
Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Kata apakah
digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang, nama benda, keterangan tentang
sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus.
Contoh :
a) Adakah
benar cerita Ramhuzaimi itu ?
b) Adakah
dia datang semalam ?
c) Adakah
betul jawapan itu ?
d) Adakah
saudara bermimpi ?
e) Apakah
binatang yang berleher panjang itu ?
f) Apakah
sebab berlakunya kegawatan ekonomi ?
g) Apakah judul buku yang baru kamu beli itu
?
Ahli dan Anggota
Kata ahli bererti orang yang mahir atau
faham benar dalam sesuatu bidang. ( ahli bahasa, ahli politik, dan lain-lain
lagi). Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam
sesuatu kumpulan atau golongan.
Contoh;
a) Mereka
sangat ahli dalam bidang pembedahan.
b) Prof. Dr.
Abdullah Hassan dan Prof. Dr. Nik Safiah boleh digolongkan sebagai ahli
bahasa.
c) Anggota
badanku lemah sekali hari ini.
d) Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan
Sabit Merah.
Boleh dan Dapat
Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam
hubungan dengan keizinan. Kata dapat pula lebih sesuai digunakan
dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
Contoh
a) Saya
tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual.
b) Saya
tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi.
c) Asif
Pahmi baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta.
d) Walaupun
adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi ia belum boleh memandu kereta di
jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur
sekurang-kurangnya lapan belas tahun.
e) Walaupun sudah
tua, Pak Omar dapat mendaki gunung Kinabalu itu.
f) Orang yang berumur lebih daripada lima
puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan bola
sepak itu.
Ialah dan Adalah
Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan
atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama. Penggunaan kata pemeri adalah
secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Contoh :
a) Bandar
Shah Alam ialah ibu negeri Selangor.
b) Abdullah Munsyi
ialah
pengarang buku Hikayat Abdullah.
c) Berita
yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar.
d) Hadiah yang disumbangkan oleh bank
tempatan itu adalah untuk murid yang cemerlang dalam pelajaran.
Golong dan Gulung
Golong bererti membahagi-bahagi dalam
beberapa kumpulan
Gulung bererti barang yang
berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentuk panjang bulat sebagai akibat
digulung.
Contoh :
a) Sudah
menjadi kebiasaan Pak Zihan menggulung rokok daun nipah sebelum
tidur.
b) Golongan
petani sering tertindas.
c) Mereka tergolong
dalam orang yang bernasib baik.
d) Tikar mengkuang itu digulungnya dengan
berhati-hati.
Terima Kasih cikgu, membaca penerangan ini saya dapat membezakan kedua dua perkataan tersebut.
ReplyDeletePenerangan yang cukup baik dan jelas.Blog cikgu memang akan memanfaatkan murid-murid kerana maklumat yang disediakan oleh cikgu amat berguna.Tahniah cikgu:)
ReplyDeletemaklumat yang jelas dan lengkap.
ReplyDeleteInfo yang jelas penerangannya, syabas! ^^
ReplyDeleteSyabas, isi kandungan blog cikgu sangat mantap.
ReplyDeletemenarik dan bermanfaat untuk anak murid .
ReplyDeleteThanks for sharing.
ReplyDeletepenerangan yang jelas
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt.
ReplyDeleteTahniah cikgu. Perkongsian ilmu yang amat berguna buat anak didik dan guru-guru jua. Terima kasih cikgu. Sudilah berkunjung ke blog saya di http://cikgurohanimu.blogspot.com :) .Terima kasih cikgu.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang sangat berguna..mudah dilhat..cukup jelas
ReplyDeletepenerangan yang jelas.. terima kasih kerana berkongsi maklumat ini kepada kita semua...
ReplyDelete