TUGASAN 2
Bincangkan tentang masalah
obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia, Huraian anda hendaklah
dikaitkan dengan matlamat Pendidikan Kesihatan menurut Ewles dan Simnett
(1986).
PENDAHULUAN
Kajian menunjukkan bahawa kadar obesiti di
Malaysia kini berada dalam tahap yang membimbangkan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor
Operasi Pendidikan), Sufaat Tumin, berkata Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia
dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) mendapati kadar kegemukan kanak-kanak
meningkat daripada 6.6 peratus kepada 13.6 peratus. Kajian juga menunjukkan 25
daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah kegemukan
pada 2020.
Seramai 16.8 juta atau 60% daripada 28 juta rakyat Malaysia mengalami
masalah kegemukan ( KOSMO ,Selasa 16 November 2010) termasuklah golongan
kanak-kanak. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 % mengalami masalah obesiti manakala 50% lagi melebihi berat badan ideal.
Perkara ini telah didedahkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan beliau turut
melahirkan kebimbangan kerana ia melibatkan semua peringkat umur termasuk
kanak-kanak. Mengikut data rasmi kesihatan, kadar obesiti dalam kalangan
kanak-kanak mencecah sebanyak 15 % dan
kadar peratusannya semakin tinggi di Pantai Barat iaitu mencecah kira-kira 30%
- 40% terutama di Lembah Klang dan juga Selangor.(Bertia Harian , Khamis -14
Jun 2007).
Indeks
Jisim Tubuh (Body Mass Index-BMI) yang tinggi. di Malaysia, kajian Morbiditi
dan
Kesihatan Kebangsaan
2006 menunjukkan bahawa dua daripada setiap lima orang dewasa
mengalami kegemukan.
Jumlah obes bertambah lebih tiga kali ganda bagi tempoh 1996 hingga
2006 menjadikan
jumlah rakyat Malaysia yang gemuk adalah sebanyak 70 %. Selain itu,
kira-kira 38 % daripada
remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan
sebagai terlebih
berat badan (Utusan Malaysia online 5/5/2010). Pengambilan makanan yang
berkualiti dan teratur adalah penting untuk membekalkan tubuh manusia dengan
zat dan tenaga serta mengekalkan kesihatan badan. Bagi seseorang pelajar,
kesedaran tentang kualiti makanan dan pola pengambilan makanan amat penting
kerana ia mempengaruhi perkembangan atau tindakbalas fizikal dan mental
seseorang pelajar yang merupakan tunjang modal insan bagi negara pada masa akan
datang. dalam hal ini, makalah ini bertujuan meninjau amalan pemakanan dalam
kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia serta implikasinya
terhadap
pembelajaran.
Obesiti berlaku akibat
daripada pengumpulan lemak secara berlebihan
dalam badan seseorang. Obesiti boleh dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh
mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan
masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan
sosial, memberi kesan kepada jangka hayat penghidapnya . Sejak akhir-akhir ini,
obesiti menjadi maslah utama dalam kalangan kanak-kanak. Menurut laporan
National Center for Health Statistic pada 2002, didapati kira-kira 15 peratus
kanak-kanak dan golongan remaja di dunia mengalami obesiti.
Menurut Pertubahan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin
serius dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Masalah obesiti
merupakan faktor utama yang
mengakibatkan sindrom metabolic yang banyak dihidapi oleh penduduk di Asia.
WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang
penduduk di dunia mengalami masalah berat badan dan 20 daripadanya adalah
kanak-kanak, di mana kira-kira 700 juta orang akan mengalami obesiti.
DEFINISI OBESITI
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan
lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku
apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat obisiti
didefinisikan sebagai pengumpulan lemak yang berlebihan
di dalam
badan seseorang
Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2).
|
Secara amnya, obesiti
merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam
badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak
menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain
daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya
juga semakin pendek.
Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan
pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
Faktor-faktor yang menyebabkan obesiti
Obesiti di
kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama
ialah keturunan atau struktur genetik. Dr. Taminuau menyatakan, hampir 35
peratus kes obesiti dikesan di kalangan kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka
mempunyai berat badan normal. Namun begitu, secara amnya, kanak-kanak mempunyai
risiko menjadi obes yang lebih tinggi jika ibu bapa mereka juga obes.
Obesiti
terjadi apabila terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku
pengambilan makanan lebih dari apa yang diperlukan. Situasi begini wujud
apabila kita makan dengan berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal.
Jisim lemak badan dinilai dari antropometri dengan ukuran
ketebalan lipatan kulit (contohnya pada tricipital), ukuran lilitan (lengan
atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan
obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan
relatif kepada ketinggian. Kebelakangan ini, 'body mass index' (BMI: berat
(kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan
obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran
berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan
jantina.
BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa.
BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa.
Kanak-kanak yang
mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa
dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada
masa hadapan (Chee et al, 2008)
Secara ringkasnya faktor- faktor yang menyebabkan obesiti ialah;
1. Keturunan dan
faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
PUNCA OBESITI
1. Pemakanan Yang Tidak
Sihat
Obesiti di Malaysia semestinya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti roti canai,teh tarik dan nasi lemak. Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita. Memakan makanan seimbang tidak diambil berat.
Obesiti di Malaysia semestinya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti roti canai,teh tarik dan nasi lemak. Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita. Memakan makanan seimbang tidak diambil berat.
2. Cara Hidup Yang
Tidak Cergas
Rata-rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking, walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbanding keluar. Oleh itu wujudlah masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam negara ini. Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu dengan bermain gajet, melayari internet.
Rata-rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking, walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbanding keluar. Oleh itu wujudlah masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam negara ini. Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu dengan bermain gajet, melayari internet.
3. Pemakanan Yang Tidak
Mengikut Waktu
Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyebabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih, dan lebih bertenaga. Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam. Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.
Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyebabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih, dan lebih bertenaga. Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam. Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.
4. Persekitaran Tidak Sihat
Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orang tempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan. Implikasi daripada fenomena ini terdapat pelbagai restoren di sekitar ibu kota dan makanan yang dijual terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat. Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat memakan makanan berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ada segelintir warga kota yang menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi,
Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orang tempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan. Implikasi daripada fenomena ini terdapat pelbagai restoren di sekitar ibu kota dan makanan yang dijual terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat. Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat memakan makanan berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ada segelintir warga kota yang menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi,
5. Kurang bersukan
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat
tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor iaitu tingkat aktiviti
dan sukan secara umum serta yang keduanya angka
metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan minimum
tubuh.
Antara kedua-dua faktor
tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran
tenaga individu yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu
pertiga daripada pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi
orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti ini bertukar menjadi
peranan yang sangat penting. Pada saat bersukan kalori terbakar, semakin banyak
bersukan semakin banyak kalori yang hilang.
Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang
duduk bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya.
Kekurangan aktiviti bergerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat. Obesiti
membuatkan aktiviti sukan bagi seseorang
individu sangat sukar dan kurang menikmati keseronokan bersukan. Impak daripada
kurangnya bersukan secara tidak langsung akan mempengaruhi kadar turunnya
metabolisme tubuh individu terbabit. Oleh itu, konklusifnya, aktiviti sukan
sangat penting dalam membantu penurunan berat badan kerana ia bukan sahaja
membakar kalori malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme
normal.
TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATAN EWLESS & SIMNETT
Masalah obesiti ini dapat diatasi sekiranya individu terbabit berazam
untuk mengatasi masalah mereka. Selain daripada itu, kesedaran dan ilmu
pengetahuan tentang pemakanan serta kesihatan adalah antara faktor penting yang
boleh mengawal obesiti berlaku dalam kalangan pelajar. Atas dasar inilah mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan diajar di sekolah. Ia bertujuan untuk mengatasi
masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah.
Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam laporan teknikal pada tahun 1954
tujuan sesuatu Pendidikan Kesihatan itu mestilah diarahkan kepada usaha-usaha
berikut:-
·
Menyediakan individu
atau masyarakat bahawa kesihatan adalah harta yang tidak ternilai harganya.
·
Menggalakkan individu
atau masyarakay untuk mempertahankan amalan – amalan yang akan menjamin
keselesaan dalam kehidupan seharian.
·
Menggalakkan individu
dan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada dengan
betul , selamat dan sebaik mungkin.
·
Memberi dorongan
individu atau masyarakat untuk berdikari dan sentiasa berusaha dalam
mempertingkatkan status kesihatan dalam lingkungan persekitaran mereka.
Menurut
Ewles & Simnett (1986) pula, mengemukakan tujuan yang lebih spsifekasi
berkaitan Pendidikan Kesihatan . Menurut
beliau, dalam melaksanakan tugasan Pendidikan Kesihatan, seorang pendidik
mestilah berusaha mencapai tujuan-tujuan berikut:-
·
Meningkatkan pengetahuan
kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapi.
·
Memberikan penerangan
dan juga pengetahuan tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan masalah yang
sedang dihadapi oleh invdividu atau mayarakat.
·
Menimbulkan kesedaran
diri setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang telah diberikan.
·
Membantu mereka yang
dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini
akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa
aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu
tercapai.
TUGASAN PENDIDIKAN KESIHATAN | |||||||||||||||||||||||||||
MATLAMAT PENDIDIKAN
KESIHATAN
Menurut Ewles & Simnett
(1986), Pendidikan Kesihatan yang dusahakan seringkali bertujuan untuk mencapai satu atau pun lebih
matlamat kesihatan. Matlamat yang dimaksudkan adalah berbeza daripada seorang
individu kepada individu yang lain mahu pun daripada satu masyarakat kepada
masyarakat yang lain.
Antara matlamat Pendidikan
Kesihatan adalah seperti berikut iaitu peka atau sedar terhadap keishatan,
menyampaikan ilmu pengetahuan, menimbulkan kesedaran diri, mengubha sikap,
membuat keputusan, mengubah tingkah laku dan mengubah status sosial.
·
Peka atau sedar
terhadap kesihatan.
Adalah
menjadi suatu harapan melalui Pendidikan Kesihatan, orang yang dididik mampu
untuk menimbulkan atau memikirkan isu-isu
berkaitan dengan kesihatan semasa yang dianggap penting untuk dirinya
mahupun masyarakat sekelilingnya setelah didedahkan dengan pengetahuan isu
tersebut.
Contohnya adalah seperti kempen
tentang kesedaran AIDS, H1N1, merokok dan mengambil minuman keras. Kempen AIDS
yang telah dan sedang dijalankan di Malaysia mahupun di negara luar yang lain
di dunia telah membelanjakan jutaan ringgit ke arah usaha pendidikan terhadap
isu tersebut. Ia bertujuan semata-mata untuk memberikan pengetahuan dan panduan
kepada individu dan masyarakat tentang bahaya penyakit AIDS. Dengan ilmu yang
diberikan ini, telah menjadi satu harapan kepada masyarakat agar menjadi lebih
peka dan bertindak rasional bagi mengatasi isu-isu yang diberikan.
·
Menyampaikan ilmu
pengetahuan
Ada
saat dan ketikanya, masalah kesihatan itu wujud dalam masyarakat mahupun
individu terbabit. Mereka mengetahui masalah yang wujud, namun mereka tidak
memahami akan bahayanya. Lantaran tidak memahami maka mereka membiarkan sahaja
masalah tersebut berlarutan sehinggalah kepada peringkat yang tidak diingini.
Contohnya, isu berkaitan dengan kes
nyamuk aedes. Majoriti masyarakat mengetahui akan bahaya dan kesannya terhadap
kesihatan diri, namun mereka tidak memahami sebab ia berbahaya dan juga cara
mengatasinya. Mereka akan cuba untuk mengetahuinya apabila salah seorang
daripada anggota keluarga mereka mengidap penyakit bawaan nyamuk tersebut.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita cegah. Di sinilah peranan Pendidikan
Kesihatan dan satu kaedah yang berkesan perlu digunakan dan diselaraskan dengan
matlamat untuk memberikan tunjuk ajar dan fahaman yang jelas kepada masyarakat
dan juga individu.
·
Menimbulkan kesedaran
diri
Matlamat yang hendak
dicapai adalah lebih terarah kepada individu itu
sendiri.
Sebagai seorang pendidik ilmu Pendidikan Jasmani, maka segala ilmu yang hendak
disampaikan haruslah berkesan, menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya
ia menimbulkan sensitiviti dan
seterusnya menimbulkan kesedaran yang tinggi dalam diri individu. Tindakan
positif yang bakal diambil diharap dapat meningkatkan tahap kesihatan individu
itu sendiri.
·
Mengubah sikap
Adalah menjadi suatu harapan, apabila ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan telah diberikan, maka
tahap sensitiviti terhadap kesihatan juga dapat ditingkatkan. Dalam usaha ini,
para pendidik Pendidikan Kesihatan memainkan peranan yang sebaik mungkin dalam
memberikan tunjuk ajar kepada pelajar agar dapat menguatkan lagi semangat
pelajar untuk mengubah sikap demi mencapai matlamat kesihatan yang optimum.
·
Membuat keputusan
Para pendidik Pendidikan Kesihatan seharusnya
memainkan peranan dalam memberikan dorongan dan galakan kepada pelajar yang
terlibat agar dapat membuat satu keputusan yang positif demi mencapai taraf
kesihatan yang paling baik.
Contohnya, pelajar A mengalami masalah kesihatan
berkaitan dengan tekanan darah. Dia perlu mengawal tekanan darah dengan
mengurangkan jumlah garam dalam makanan dan juga makanan berlemak yang lain. Di
samping itu, dia juga perlu bersenam. Namun demikian, pelajar ini enggan
melakukan perkara yang sepatutnya. Keadaan sebegini tidak mungkin terjadi
seandainya, pelajar berkenaan mempunyai ilmu pengetahuan tentang
kesihatan.Kesedaran diri pasti akan timbul dengan sendirinya, sehingga akan
berlaku perubahan sikap dan satu keputusan yang tegas diambil oleh pelajar
terbabit untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya.
·
Mengubah tingkah laku
Perubahan
terhadap tingkah laku baik kepada individu mahupun masyarakat perlu berlaku
dengan adanya pengetahuan tentang Pendidikan Kesihatan. Amalan tentang gaya
hidup sihat perlu dijadikan amalan seharian agar kehidupan menjadi lebih
berkualiti. Perubahan yang berlaku ini perlulah selaras dengan kehendak budaya,
agama dan bangsa serta kemjdahan yang sedia ada.
·
Mengubah status
sosial
Dalam usaha untuk
mencapai tujuan bagi melahirkan individu dan masyarakat yang sihat, pengorbanan
daripada pihak tersebut adalah amat perlu. Faktor ini merupakan satu faktor
yang sukar untuk diterima dan dibincangkan. Ini kerana ia berkaitan dengan
perubahan sosial dan juga cara hidup kita.
Contoh
yang paling jelas ialah kempen anti-merokok. Walaupun kerajaan telah
membelanjakan jutaan wang ringgit dalam usaha menyeru individu dan masyarakat
agar meninggalkan tabiat ini, namun segalanya masih belum berkesan. Bukan itu
sahaja, malah penggubalan akta dan undang-undang juga turut dilaksanakan ,
malangnya peningkatan golongan perokok baru tetap berlaku saban tahun. Walaupun
mereka ini sedar akan bahaya merokok, namun untuk meninggalkan amalan ini amat
sukar sekali. Kononnya, demi menjaga status sosial mereka.
Sebagai
pendidik Pendidikan Kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu mahu pun masyarakat dalam usaha
mencapat matlamat ini. Mereka perlu menggunakan kepakaran mereka dan juga
mengatur strategi yang berkesan serta tidak patah semangat dalam usaha bagi
mencapai matlamat masyarakat sihat dan makmur. Semua langkah untuk mengatasi
obesiti dapat diaksanakan dengan mudah sekiranya tujuan dan matlamat yang
diutarakan oleh Ewless & Simnett tercapai.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
OBESITI
Obesiti dapat diatasi
dengan beberapa cara seperti:-
a.
Amalan Pemakanan
Seimbang
Para
pelajar perlu mengambil makanan seimbang yang dinyatakan mengikut piramid
makanan. ini kerana pemakanan seimbang perlu dalam memberikan tubuh badan yang ideal.
Berdasarkan inilah, para guru Pendidikan Kesihatan perlu menyebarkan ilmu agar
pelajar mengetahui apa itu piramid makanan.Sekiranya tidak berlaku penyebaran
ilmu masalah obesiti dalam kalangan pelajar sukar untuk diatasai.
b.
Bersenam
Pelajar perlu diberkan kesedaran dan ilmu (matlamat
Ewless & Simnett) tentang pentingnya bersenam. Melalui bersenam kita juga akan terhindar
daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman
dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan
nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan
darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga
dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat membantu
mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan
mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau
kecederaan yang lain.
c.
Amalan gaya hidup yang sihat
Amalan gaya hidup yang sihat akan memberi
kesan yang positif dan dapat meningkatkan tahap kualiti kesihatan yang baik
serta mengelakkan individu daripada menghidapi penyakit. Di samping itu,
sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan doktor bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan yang berlaku ke atas diri kita. Justeru, doktor bolehlah memberi
nasihat dan motivasi untuk mengamalkan amalan permakanan yang
seimbang terhadap individu tersebut.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah obesiti dalam
kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya guru Pendidikan Kesihatan berjaya
mencapai matlamat yang diutarakan olehEwles & Simnett (1986) ini. Ini
adalah kerana matlamat yang perlu dicapai oleh guru Pendidikan Kesihatan
amatlah jelas dan mereka perlu melaksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin.
Pelajar akan lebih peka kepada kesihatan mereka sekiranya mereka mempunyai ilmu
kesihatan yang berkesan. Daripada ilmu yang mereka peroleh, akan timbul
kesedaran dalam diri pelajar terbabit untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Apabila pelajar peka pada tahap
kesihatan, maka akan berlaku perubahan tingkah laku. Mereka akan lebih
mengutamakan kesihatan dan sanggup mengubah status sosial mereka demi kesihatan
sepanjang hayat.
Di sinilah, kita nampak tugas para pendidik
Pendidikan Kesihatan amat penting dan mereka perlu berikan ilmu yang berkesan
tentang kesihatan. Setelah penyampaian ilmu berlaku dengan berkesan adalah
tidak mustahil masalah obesiti dalam kalangan pelajar dapat diatasi. Ini jelas
kerana para pelajar akan mengutamakan pemakanan seimbang dan cara hidup yang
sihat. Mana mungkin, dengan amalan gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang
pelajar akan menghadapi masalah obesiti. Tambahan pula masalah obesiti bukanlah
satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan
mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah
bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya
untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah
tanggungjawab diri masing-masing. Gemuk bukan bermakna sihat, malah boleh
mengancam nyawa dan kesihatan individu berkenaan.
Pastikan kita mengambil makanan yang perlu sahaja dengan kuantiti
yang sesuai dengan perkembangan kesihatan seseorang. Dalam kajian yang
dijalankan bahawa terjadinya pelbagai penyakit adalah disebabkan pengambilan
makanan yang banyak mengandungi toksin yang boleh menyerang tubuh badan manusia
secara senyap. Makanan segera merupakan penyumbang utama ke arah obesiti yang ketara yang melanda
negara-negara membangun seperti Malaysia.
Bagi golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah,
obesiti sedikit sebanyak menganggu emosi dan sosial mereka. Mereka akan berasa
rendah diri dan tidak menjadikan fizikal mereka sebagai halangan untuk
melakukan aktiviti yang telah dirancang. Akibat daripada itu tentunya akan
merugikan individu,bahkan prodaktiviti negara juga turut terjejas. Sedangkan
golongan inilah yang diharapkan menjadi kesinambungan kepada kepimpinan dan
tenaga kerja pada masa yang akan datang.