kekeliruan kata
dan makna
Dalam bahasa Melayu, setiap kata ada maknanya yang tersendiri.
Pemahaman makna untuk setiap kata sangat penting supaya ayat-ayat yang
dibentuk dapat difahami oleh pembaca dan pembaca dapat menerima sepenuhnya
maklumat yang disampaikan. Berikut disenaraikan perkataan yang sering
menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa Melayu: PENJELASAN
MAKNA
|
|
bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan
hemat dan hemah
wacana dan
wahana
ramai dan
banyak
rasmi dan
resmi
Sahsiah
Jati diri
Memantau
anjakan paradigma
|
Bahasa rasmi – Bahasa yang digunakan dalam
urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara.
Bahasa kebangsaan – Bahasa yang utama bagi
sesebuah negara yang berdaulat.
• Bagi
negara Malaysia, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ialah
bahasa Melayu (bahasa Melayu baku).
Hemat –1. Cermat 2. Tidak boros 3. Pemerhatian atau pengamatan.
1. Orang yang hemat, tidak akan
mudah terpengaruh dengan kempen jualan murah.
2. Menurut hemat saya, tahun ini
kita akan mendapat bonus.
Hemah – Budi pekerti
1. Setiap pekerja seharusnya menjaga hemah diri masing-masing
Wacana – 1.
Keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan pertuturan atau
percakapan. 2. Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan.
• Hari ini, kita dapat menyaksikan betapa
sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana
ilmu.
• Kita merindui dunia kritikan sastera yang
dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang
mendalam, dan pembacaan karya sastera yang banyak.
Wahana – Saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan,
disampaikan oleh dicapai.
• Media massa menjadi wahana penting
dalam menyampaikan maklumat dan berita penting.
* Lukisan
kartun sering digunakan orang sebagai wahana propaganda.
Ramai - Menunjukkan bilangan (banyak) yang khusus untuk manusia.
Banyak – Boleh digunakan untuk menyatakan bilangan untuk manusia atau
bukan manusia (binatang, tumbuh-tumbuhan dll.)
• Banyak orang yang masih tidak tahu
menggunakan perkhidmatan itu.
• Masih banyak soalan yang belum
dijawab oleh Ali
Rasmi – Membawa maksud disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, yang
diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll.), formal.
• Pakaian rasmi untuk ke pejabat
bagi wanita ialah baju kurung atau kebaya.
Resmi – Bermakna sifat semula jadi atau sifat khas (benda, perangai,
atau tabiat), dan disebut juga sebagai resam.
• Kita seharusnya mengikut resmi padi,
semakin berisi semakin tunduk
Kata sahsiah
ialah serapan daripada bahasa Arab yang bermakna keperibadian atau
peribadi.
• Kita hendaklah memiliki sahsiah diri
yang terpuji
Jati (sejati) - Bermakna asli, tulen, yang sebenarnya, tidak bercampur;
identiti.
Jati diri – Identiti diri atau keperibadian diri yang sebenarnya atau
asli.
• Kita seharusnya menapis kemasukan budaya
asing untuk memelihara jati diri bangsa Malaysia
Kata memantau
diterbitkan daripada kata dasar pantau yang bermakna menengok,
melihat, menjenguk. Kata tersebut merupakan padanan daripada bahasa Inggeris,
monitoring.
• Pihak polis sedang memantau kegiatan
penjual mercun dari semasa ke semasa.
Anjakan – Hasil menganjak, peralihan.
Paradigma – Merujuk kepada makna lingkungan atau batasan pemikiran
(seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh
pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.
Anjakan
Paradigma – Peralihan paradigma
(pemikiran/pengetahuan/kemahiran) daripada satu lingkungan atau batasan
kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).
• Setiap orang seharusnya melakukan anjakan
paradigma untuk meningkatkan kualiti diri
|